Pada kelas minggu ke 3, kelas telah berjalan seperti biasa. Hal ini kerana, pada minggu pertama dan kedua kelas tidak dijalankan akibat cuti umum. Kelas pertama pada minggu ke 3 ini pensyarah yang mengajar adalah Mejar Jasmy iaitu seorang lecture yang sangat tegas. Minggu ke 3, kelas pertama ramai jugak student yang masuk lewat ke kelas. Untuk pengetahuan, sesiapa yang datang lewat ke kelas waktu mejar mengajar dia kena duduk di bahagian hadapan sekali yang kosong. Hahaha... ramai jugak yang datang lewat ke kelas pada mingguitu. Maklumlah, kelas pertama walaupun dah masuk minggu ke 3.
Kami telah mempelajari tentang definisi teknologi iaitu penerapan pengetahuan saintifik bagi tujuan praktikal, terutamanya di dalam industri masa kini. Melalui You Tube, Pensyarah tetah menunjukan contoh, kereta yang dijangka pada masa depan yang moden yang bergerak secara auto, iaitu tanpa pemandu (boleh rujuk link). http://www.yputube.com/watch?v=YEn9bQkBXkE. Selain itu, pensyarah juga telah menerangkan tentang penggunaan teknologi ini yang mana ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran terhadap guru-guru dan murid-murid di dalam kelas. Majoriti guru zaman sekarang telah menggunakan teknologi di dalam pengajaran mereka kepada murid-murid. Hal ini kerana, teknologi lebih dapat menarik minat dan perhatian pelajar dalam memfokuskan apa yang dipelajari berbanding dengan cara lama iaitu mengajar menggunakan buku teks mahupun papan putih. Dengan adanya teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tertarik seterusnya ia menjadi sangat berkesan terhadap apa yang disampaikan. Contohnya, dengan menggunakan powerpoint, video dan lain-lain lagi application yang serba canggih ini dapat memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat memberikan kelebihan ke atas diri guru dan juga pelajar, apabila proses pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadi lebih menarik dan juga dapat mengelakkan dari pelajar itu berasa bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Click to set custom HTML
0 Comments
|